Tiba-tiba nama 'dipetik' di IG live, Siti Nordiana tuntut maaf dari lima individu

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Siti Nordiana dikatakan membuat laporan polis berhubung satu tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa rakan selebriti menerusi IG live baru-baru ini di IPD Cheras, pagi tadi.

Lima individu terbabit adalah seorang vokalis lelaki dan isterinya; penyanyi wanita; jurusolek serta pegawai perhubungan awam sebuah syarikat rakaman.

Dah tak boleh sabar

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu menyatakan bahawa laporan polis itu dilakukan bagi menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh semua individu berkenaan.

"Sebelum ini, Nana memang terdengar cerita mereka memburukkan Nana sesama mereka. Tetapi, Nana pejamkan mata dan tak mahu ambil peduli.

"Namun, apabila sudah membabitkan 'live' dalam media sosial, Nana sudah tidak boleh bersabar. Ia jelas menjatuhkan reputasi Nana dan disebabkan itu, Nana ambil tindakan ini," katanya.

Notis pemohonan maaf terbuka

Sehubungan itu, peguam Nana berkata menghantar notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka kepada semua individu terbabit, Isnin ini.

"Saya dan pihak Siti Nordiana sedang membuat draf tuntutan permohonan maaf secara terbuka dan terma lain. Ia akan diserahkan kepada mereka, Isnin ini.

"Dalam notis itu, kami menuntut mereka membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam hingga 48 jam, bergantung kepada anak guam kami.

"Kami tidak mahu beri masa terlalu lama kerana tak mahu imej anak guam kami menjadi bertambah buruk," kata Abang Azlan Abang Ariffin.

Punca nama nana dipetik

Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashin bersama Syura Badron telah tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

Menurut Shiela dalam IG live berkenaan, dia rasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi ‘job’ kepada mereka.

“Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitnah dia.

“Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak secara terbuka hari ini saya cerita.

“Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang DM saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana,” katanya dalam siaran IG ive tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen