"Saya minta maaf ye pada semua..." - Ebit Lew harap selisih faham tidak dipanjangkan lagi

Pelbagai tomahan yang perlu dihadapi oleh pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sejak beberapa minggu lalu berkenaan misi kemanusiaan yang dilakukan di Gaza.

Semalam, beliau telah mengadakan sidang media bagi membersihkan namanya berkenaan beberapa tuduhan yang diterima daripada beberapa indivdiu.

Maafkan semua terlibat & kutuk keluarga

Dalam posting terbaru Ebit Lew, beliau tetap memaafkan semua yang bertindak melemparkan tuduhan kepadanya dan berkata tidak baik kepada ahli keluarganya.

“Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya maafkan kerana Allah,” kongsinya.

Minta maaf pada yang terasa hati

Dengan rendah hati, beliau turut memohon maaf sekiranya apa yang berlaku ini mengguriskan perasaan sesiapa baik secara sengaja ataupun tidak.

"Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua,” luahnya.

Tidak mahu bepanjangan lagi

Katanya lagi, beliau enggan perselisihan faham ini berlanjutan kerana tidak akan menguntungkan sesiapa pun.

“Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya yer,” tambahnya.

Betul ustaz, kita tutup cerita ini

Sehubungan itu, rata-rata warganet memberi sokongan dan semangat kepada beliau berkenaan isu yang melanda pendakwah itu ketika ini.

Ustaz tetap di hati kami

Teruskan pejuangan ustaz

Anda masih keseorangan?

963,530 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen