Bagi mengawal penularan wabak Covid-19, pihak kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga jarak serta memakai pelitup muka di tempat awam.
Justeru itu, bagi individu gagal mematuhi SOP yang ditetapkan tindakan kompaun akan dikenakan.
Gelandangan dikompaun RM2,000
Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik oleh penggua Twitter @elfuciar yang memaparkan golongan gelandangan dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat mereka tidur.
Lebih sedih lagi apabila segelintir mereka yang dikenakan kompaun tidak mempunyai wang dan hanya tidur beralaskan kotak ketika waktu malam.
Dia orang nak bayar guna apa?
Sehubungan itu, netizen agak terkejut dengan perkongsian berkenaan hingga menimbulkan rasa marah dalam kalangan mereka.
Nak kejar KPI ke?
Persoal intergriti polis
Difahamkan lokasi kejadian ini berlaku di Pudu, Kuala Lumpur di mana tempat tersebut sememangnya kerap menjadi pilihan gelandangan untuk tidur secara beramai-ramai.
Tinggalkan Komen