Hanya pilih darah golongan Hafiz al-Quran, netizen Indonesia kecam Ustaz Yusuf Mansur

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara memuat naik satu kenyataan tentang rasa syukur kerana mendapat seorang Hafiz al-Quran sebagai penderma darah, pendakwah Indonesia, Ustaz Yusof Mansur teruk menerima kritikan netizen.

Kenyataan yang dimuat naik di platform TikTok itu telah menyebabkan dia dituduh sebagai seorang yang sombong dan memilih.

Difahamkan, Ustaz Yusuf Mansur dimasukkan ke hospital selepas paras hemoglobin dalam darahnya rendah lalu terpaksa menjalani pemindahan darah.

Menurut posting tersebut, Ustaz Yusuf Mansur menulis seramai 10 orang hafiz yang sudah dipilih untuk mendermakan darah kepadanya dan individu yang terpilih adalah Syekih Baleid yang merupakan seorang penderma darah dari  Maghribi.

Video yang dimuat naik itu memaparkan dirinya yang sedang terbaring serta memaklumkan tentang kesihatan dirinya.

“Dengan izin Allah S.W.T., hemoglobin saya masih ada lima. Sangat rendah namun masih hidup.

“Saya dibantu rakan-rakan dan pasukan doktor yang luar biasa. Barisan penderma darah juga yang soleh-soleh, alhamdulillah ada 10 orang dan yang terbaik akan dipilih.

“Di sinilah saya melihat kebesaran Allah S.W.T. Saya tahu saya banyak dosa,  namun Allah memberikan saya kesempatan untuk mendapatkan darah daripada orang-orang terbaik di Bumi, dengan izin-Nya,” tulis ustaz Yusuf Mansur.

Kenapa penderma darah pun memilih?

Sehubungan itu, rata-rata warganet mempersoalkan akan darah yang dia terima dengan darah mereka yang lain selain turut meluahkan rasa kecewa akan tindakan pendakwah tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen