Ingat datang minta bantuan, Syed Saddiq terharu pakcik datang hulur RM100 sumbangan ikat jamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Rasuah, atas dua pertuduhan iaitu penyelewengan dana politik kira-kira RM1 juta dan kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM120,000.

Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu tidak mengaku bersalah ke atas kedua-dua dua pertuduhan tersebut dan perlu membayar ikat jamin sebanyak RM330,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Berjaya kumpul dalam tempoh 24 jam

Sehubungan itu, sejak semalam satu tabung sumbangan awam telah dibuka bagi meringankan beban ahli parlimen itu dan telah berjaya mencapai sasaran dalam tempoh 24 jam setakat ini.

Menerusi laman Twitter miliknya, dia memaklumkan bahawa sumbangan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM715,573.77, hasil sumbangan daripada 9,836 penyumbang.

“Dana untuk bayaran bail/wang jaminan sudah lebih mencukupi,” kongsinya.

Pakcik datang beri RM100

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut berkongsi satu kisah berkenaan seorang ‘pakcik’ yang datang ke pejabatnya.

Awalnya, dia menyangka pakcik berkenaan datang meminta bantuan namun rupanya ingin turut memberi sumbangan ikhlas bagi tabung yang dilancarkan olehnya.

“Petang tadi, ada pakcik datang ke pejabat. Ingatkan nak minta bantuan. Rupanya nak sumbangkan RM100 ke saya. Saya rasa nak menangis. Ketika ini, saya akan teringat kenapa saya sertai politik. Bukan kerana jawatan atau wang, tetapi untuk membina Malaysia yang maju dan bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, dia sangat berterima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan sekaligus merasa terhutang budi kepada mereka.

Sedikit bantuan dari kami

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata memberi sokongan kepada ahli parlimen tersebut.

 

Kita lawan!

Kami percaya pada YB!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen