Sambut 'birthday' anak ke 11 tahun, ibu hadiahkan jambangan duit gergasi bernilai RM11,000

Apabila tiba hari lahir, mesti ramai yang teruja dengan menanti pelbagai ucapan serta hadiah daripada insan tersayang, keluarga dam rakan-rakan.

Bagi seorang remaja yang sedang meningat dewasa, tentunya sambutan ulang tahun serta hadiah sangat bermakna buat mereka.

Terima RM11k dari ibu

Seperti gadis ini yang tidak sangka menerima kejutan jambangan bunga gergasi dipenuhi duit RM50 berjumlah RM11,000 dari ibubapanya.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, ibunya berkongsi detik saat anaknya terkejut melihat jambangan bunga gergasi menuju ke arahnya.

Reda tak ada hadiah & kek

Menurut @azieawi, anaknya itu pernah meminta iPhone 12 dan kek sempena ulang tahun kelahirannya namun dia menyatakan tidak mampu serta tiada yang terima tempahan kek saat akhir. Malah, gadis berkenaan reda sekiranya tiada hadiah pada ulang tahunnya.

Kejutan dari dari umi

Bagaimanapun, ibunya membuat kejutan secara senyap-senyap dengan memberi jambangan duit RM11,000 sama dengan usianya.

Dalam video tersebut juga, gadis berkenaan juga dilihat sebak akan kejutan yang tidak disangka-sangka hingga mengalirkan air mata.

Dengar cakap Umi

Sehubungan itu, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat kejutan yang diterima gadis berkenaan. Malah mereka turut berharap agar gadis tersebut dapat membalas jasa ibunya satu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

968,334 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen