Terkilan gagal raih pingat emas Olimpik untuk Malaysia, Lee Chong Wei mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehangatan temasya sukan terbesar sejarah dunia, Sukan Olimpik Tokyo 2020 sememangnya terasa hangatnya. Bahkan perkara itu lebih bermakna buat pemain perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai atlet negara yang pernah mewakili Malaysia ke temasya itu.

Maaf Malaysia

Menerusi posting terbaru pemain badminton negara itu, beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghadiahkan pingat emas Olimpik sepanjang kerjayanya.

Menurut Chong Wei, beliau sudah berjuang bermati-matian dan usaha sudah dilakukan namun rezeki tidak memihak kepadanya selepas tiga kali kecundang di pentas final bermula pada edisi 2008 di Beijing, 2012 London dan Rio de Janeiro 2016.

Imbau kenangan Olimpik

Mengimbas kembali akan temasya pertama dia membabitkan diri dii tanah asal Olimpik, Greece pada 2004 dan ketika itu dia masih muda, hanya 22 tahun.

Katanya, di Greece beliau tidka beraksi cemerlang meskipun berjaya menewaskan pemain Hong Kong, Ng Wei di pusingan pertama tetapi kalah di pusingan kedua kepada Chen Hong. Beliau akui ketika itu tenang akan kekalahan kerana tahu banyak perlawanan lain.

Mula berubah pandangan

Bagaimanapun, semuanya berubah apabila melihat usaha aksi rakan baiknya dari Indonesia, Taufik Hidayat yang bermati-matian berjuang untuk muncul juara pada edisi berkenaan.

"Itulah 'turning point' saya apabila saya tengok perlawanan akhir kawan baik saya, Taufik melawan Seung Mo. Tidak pernah saya tengok Taufik main sebegitu mati-matian! Lagilah tak pernah tengok Pak Taufik menitis air mata sebegitu di gelanggang.

"Saya mahu pingat emas Olimpik. Saya mahu bendera Malaysia dikibarkan. Saya mahu sangat lagu Negaraku berkumandang di pentas Olimpik.

"Setiap hari 'training' mati-matian. Bangun paling awal, balik paling lambat. Arak tak pernah sentuh. Rokok pantang dicuba. Makan pun jaga," kongsinya.

Tak ada rezeki dapat emas

Sebelum beliau mengumumkan perasaan pada Julai 2019, beliau sentiasa bersungguh-sungguh menjalani latihan bagi memenangi emas Olimpik. Perjuangan bermula selepas itu dengan Beijing 2008.

Lin Dan mendapat ribuan sokongan penonton tempatan. Terlalu handal namun Chong Wei berkata, 'Tidak apa. Cuba lagi empat tahun.'

"2012 London. Lin Dan lagi (siot betul)! Kali ini sengit. Chong Wei menghabiskan segala tenaga yang ada. Sampai kosong gas tong. Rubber game, kalah 21-19. Tidak putus asa. Nak lagi. Empat tahun lagi.

"2016 Rio. Kali ini saya menang Lin Dan. Tapi emas tetap tidak kesampaian. Badan sudah ibarat kata Malaysian…. Koyak. Kalah pula kepada Chen Long di final. Tapi hati masa itu masih tak mau mengalah. Nak 'try' lagi sekali. 'Last' sekali di Tokyo.

"The rest ... you guys know the history. Minta maaf Malaysia. Sangat-sangat minta maaf. Tidak terdaya membawa balik pingat rahmat itu untuk rakyat Malaysia," ujarnya.

Titipan buat atlet negara

Dalam perkongsian tersebut, beliau juga memberi pesanan dan pedoman kepada atlet negara yang ketika ini berjuang di Tokyo.

"Sukan Olimpik adalah acara terbesar di dunia, Anda harus berbangga dengan diri anda kerana berjaya beraksi di sana. Berikanlah yang terbaik, Ingat semua kerja keras yang anda lalui untuk mencapai kejayaan ini.

"Buat yang terbaik, untuk anda, keluarga, negara dan semua rakyat di negara ini untuk rakyat Malaysia,” pesannya.

Untuk makluman, Chong Wei yang mengumumkan persaraan pada 2019, merupakan Ketua Kontinjen negara ke Olimpik dan sepatutnya turut sama ke Jepun namun terpaksa membatalkannya atas nasihat doktor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen