"Kau invite siapa?" - Elvina terkejut lelaki tunjuk 'anu' di IG live bersama rakan

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan, ramai yang memilih untuk saling berhubung melalui ‘video call’ ataupun live di media sosial bersama rakan-rakan.

Perkara itu juga turut dilakukan oleh pelakon berbakat, Datin Elvina Mohamad di IG live bersama beberapa rakannya bagi bertanya khabar memandangkan sudah lama tidak berjumpa.

Lelaki tak dikenali terlepas 'masuk'

Bagaimanapun, satu kejadian yang tidak diingini apabila seorang pengikut lelaki 'terlepas' masuk sebelum menunjukkan kemaluannya dalam sesi itu.

Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, insiden itu berlaku selepas rakannya tersilap menerima masuk individu terbabit ke dalam perbualan mereka.

"Ceritanya seorang rakan ajak saya 'live' di Instagram. Saja nak lepas rindu sebab sudah lama tak jumpa. Maklumlah sepanjang pandemik Covid-19 ini, media sosial tempat kita nak lepaskan rindu, dan berhubung dengan yang lain. Malangnya, lain pula yang jadi.

"Seorang daripada rakan kami komen minta nak join 'live', jadi Zawa (rakan) pun terima permintaan daripada dia. Tak sangka yang masuk adalah orang lain, individu tak bertanggungjawab godam 'live' kami dengan menunjukkan kemaluannya," ujarnya.

Hati-hati semua

Dia yang masih terkejut dengan apa yang berlaku menitip sedikit pesanan buat sesiapa yang kerap melakukan sesi siaran langsung di media sosial agar berhati-hati.

"Tolong berhati-hati sebab saya dapat maklumat, ini bukan kali pertama individu terbabit godam sesi 'live' orang lain," pesannya.

Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis turut berpesan supaya individu terbabit hentikan perbuatan sebegitu.

"Kepada individu yang tak bertanggungjawab itu, media sosial ini bukan tempat untuk melepaskan nafsu ya. Tolonglah berhenti buat benda tak senonoh tu! Engkau dah kenapa?" katanya.

Anda masih keseorangan?

963,299 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen