"RM20 juta itu bukannya disumbangkan setiap tahun." - Nadir Al-Nuri jawab soalan Ebit Lew

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini dalam sidang media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkaitan misi kemanusiaan di Gaza, beliau telah mengajukan soalan berkenaan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setahun kepada Presiden Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri.

Sehubungan itu, Nadir Al Nuri atau nama penuhnya Muhammad Nadir Al-Kamaruzaman telah menjawab pertanyaan di dalam sesi siaran langsung Townhall CGM di Facebook.

"Itu adalah palsu"

Dalam siaran langsung itu, Nadir menafikan kenyataan bahawa CGM menerima sumbangan sebanyak RM20 juta setiap tahun seperti yang dikatakan segelintir pihak.

Katanya, sekiranya CGM menerima RM20 juta, hanya 3% sahaja akan digunakan untuk diberi kepada staf yang berada di bumi Gaza dan juga Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak CGM tidak mengambil gaji puluhan ribu ringgit dana seperti didakwa segelintir pihak.

“Orang tuduh kita ambil percent yang tinggi tapi alhamdulillah anda sendiri boleh tengok berapa kami ambil hanya 3 peratus (management charge) sahaja. Sebenarnya tak ada lah kami dapat 20 juta setahun. Itu adalah palsu.

“RM20 juta itu bukannya disumbangkan setiap tahun. Tapi kita tak ambil gaji banyak. Jadi tuduhan itu adalah sangat-sangat tidak baik seolah-olah kita dapat duit yang begitu banyak. Tapi saya tidak tujukan kepada sesiapa,” katanya.

Bukan hanya diuruskan CGM

Nadir turut menyatakan bahawa duit sumbangan RM20 juta itu tidak diuruskan oleh CGM sahaja tetapi ia dikutip oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda yang telah berpuluh tahun berkhidmat dalam kerja kebajikan.

“Duit itu tidak diuruskan CGM sahaja tapi sebenarnya dikumpulkan bersama oleh rakan-rakan yang berada di bawah NGO anak-anak muda,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau turut mengalukan NGO yang lain untuk membentangkan perbelanjaan masing-masing dan menjadi tanggungjawab untuk mendedahkan di mana sumbangan tersebut disalurkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen