"Harap kerajaan bakar mayat saya..." -Akibat tekanan lepas bercerai, lelaki ditemui terbaring minum racun

Video berdurasi 24 saat telah tular di media sosial, semalam yang menyaksikan seorang lelaki warga emas terbaring di hadapan sebuah rumah dalam keadaan tak sedarkan diri bersama sekeping nota.

Tular warga emas terbaring bersama nota

 

Dalam nota yang mempunyai dua tulisan iaitu bahasa Mandarin dan juga bahasa Melayu tersebut lelaki berusia 63 tahun itu meminta agar mayatnya dibakar lalu dibuang abunya ke dalam laut.

Tekanan lepas bercerai

Memetik akhbar Kosmo, kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tekanan yang dialami oleh lelaki warga emas terbabit  selepas bercerai dengan isterinya pada April lalu.

"Berdasarkan siasatan awal, punca penceraian adalah disebabkan masalah rumah tangga.

"Selepas tempoh bercerai, lelaki itu menjadi gelandangan dan tidur di sekitar pekan Sekinchan."

-Ketua Polis Sekinchan-

Susulan itu, dia ditemui tidak sedar diri di hadapan sebuah rumah bersama sebotol tong racun tumbuhan jenama Set-Up oleh orang awam yang terus menghubungi polis.

Suspek juga positif dadah

Dalam pada itu, polis turut mengesahkan bahawa warga emas berkenaan disahkan positif dadah jenis Methampitamine selepas menjalani ujian air kencing terhadapnya.

Untuk makluman, doktor telah menjalani ujian darah bagi mengenalpasti kandungan racun dan mendapati tiada kandungan kimia berbahaya dalam badan suspk selain memaklumkan bahawa suspek turut berada dalam keadaan stabil.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen