"Kami semua rindukan Wan..." - Terima 'surprise' dari anak, reaksi teruja ke sedih Wan undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Menymbut ulang tahun kelahiran tentunya lebih seronok jika bersama insan tersayang, bagaimanapun disebabkan larangan merentas negeri dan daerah hanya hadiah mampu dikirim buat insan tersayang.

Buat insan-insan yang jauh diperantauan tentunya sudah lama tidak pulang ke kampung melihat ibu ayah tercinta berikutan larangan merentas negeri dan daerah yang tidak tahu bila akan berakhri.

Memilih 'surprise delivery' sebagai pengganti diri, video yang dikongsi seorang pengguna platform TikTok ini menjadi sebak apabila rasa teruja diakhir dengan kerinduan yang tersimpan.

Dari seonok jadi sebak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @deechanteq, memaparkan seorang wanita yang mesra dengan panggilan Wan teruja apabila mendapat sejambak buah rambutan dari anak menantunya.

“Selamat hrai lahir Wan, semoga panjang umur dan murah rezeki. Nanti ada umur kita orang balik, kita orang jumpa Wan. Wan jaga diri, jangan lupa makan. Kami semua rindukan,” pesanan yang dibacakan oleh penghantar tersebut.

Dah setahun lebih tak balik

Sebak mendengar pesanan tersebut, Wan menyatakan bahawa sudah setahun lebih anak-anaknya tidak pulang disebabkan pandemik ketika ini.

Mengakui rasa rindu teramat sangat, Wan turut berluahkan bahawa dia kerap mengalirkan air mata kerana rindukan anak-anak dan cucuknya.

Harap pandemik segera berakhir

Sehubungan itu dia dan penghantar surprise tersebut berharap agar wabak Covid-19 ini segera diangkat agar mereka boleh kembali berkumpul bersama keluarga masing-masing.

Jatuh air mata kerinduan

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak akan perkongsian tersebut selain turut mengakui rindu akan ibu bapa di kampung kerana sudah lama tidak bertemu dengan mereka.

Dah lama tak balik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen