“Terima kasih, Malaysia boleh!” -Hikmah berlatih di Melaka, atlet angkat berat Filipina raih pingat emas

Oleh: Zuzu Yasmine

“Terima kasih, Malaysia boleh!” itulah kata-kata yang diluahkan oleh atlet angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz selepas memenangi pingat emas acara 55 kilogram wanita dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.

Terima kasih warga Jasin!

Diaz yang bersyukur mendapat bantuan daripada komuniti angkat berat di Jasin, Melaka selepas dia dan pasukannya terkandas di Malaysia pada tahun lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Katanya, dia mendapat bantuan dari komuniti tersebut yang membenarkannya untuk meneruskan latihan ketika menjelang temasya sukan terbesar dunia itu.

"Perjalanan saya ke Tokyo 2020 amat mencabar. Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana menghantar saya ke Malaysia untuk berlatih dengan baik," katanya dalam sidang media.

"Dia mengirimkan kepada saya ramai orang seperti komuniti angkat berat di Filipina dan Malaysia, yang banyak membantu saya dalam perjalanan ini.

"Saya berterima kasih kepada orang di Jasin, Melaka, yang memberikan saya tempat tinggal dan gimnasium ketika saya berada dalam kegusaran tidak tahu untuk pergi ke mana. Saya mungkin tidak berada di rumah tetapi saya berasakan seperti berada di rumah sewaktu di Malaysia.

"Kepada seluruh rakan saya di Melaka dan semua warga Malaysia yang membantu saya, terima kasih banyak kerana membantu kami. Saya mungkin tidak dapat melaluinya atau memenangi pingat emas ini tanpa anda.

"Terima kasih, Malaysia Boleh," katanya.

Akan kembali ke Melaka

Malah, jaguh dunia berusia 30 tahun itu juga menyatakan kesediaannya untuk kembali ke Melaka bagi meneruskan latihannya dan merasakan bahawa Melaka adalah tempat terbaik untuk dirinya berlatih.

"Saya akan kembali ke Melaka. Bagi saya, saya masih perlu meneruskan latihan untuk mengekalkan status saya. Kita tidak selalu akan menjadi juara dan masih perlu berlatih dan berusaha keras.

"Saya fikir Melaka adalah tempat terbaik untuk latihan saya sepanjang pendemik ini," katanya lagi.

Diaz yang melakukan angkatan seberat 224 kilogram untuk mengatasi wakil China, Liao Qiuyin, dan atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo, bagi mengungguli acara itu dengan memecahkan rekod Sukan Olimpik.

Ia juga merupakan pingat emas pertama Filipina dalam sejarah Sukan Olimpik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen