Gara-gara lupa tutup 'mic', suara orang marah di konti Hot FM undang tanda tanya pendengar

Kejadian yang berlaku di konti Hot FM pagi tadi sama seperti peribahasa Melayu, malang tidak berbau.

Hal ini susulan daripada kecuaian AG dan Fad yang membawa segmen Geng Pagi Hot pada pagi tadi apabila mereka terlupa untuk menutup pembesar suara (mic) semasa lagu sedang diputarkan.

Gara-gara lupa tutup mic

Buat yang mungkin belum tahu, warga netizen pada kerika ini kecoh mempersoalkan situasi tidak diundang di konti apabila terdengar suara seseorang berleter dan marah ketika lagu sedang diputarkan.

Tular audio suara orang marah

Meskipun kedengaran agak samar-samar namun, ia telah menimbulkan tanda tanya sehingga ia memenuhi ruangan komen pada posting terbaharu di laman Instagram Hot FM.

Pelbagai respon dilihat memenuhi ruangan komen, selain sedih mengenangkan nasib penyampai radio baru pada segmen pagi tadi namun tak kurang juga yang menganggap itu tidak profesional kerana ia didengari oleh ramai orang di luar sana.

 'Apa ni tak profesional'

'Jangan marah AG dan Fad'

'Harap itu gimik'

Bagaimanapun, sehingga kini pihak Hot FM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan terhadap situasi yang kecoh sejak pagi tadi yang mana secara tak langsung ia telah menjadi bualan orang ramai di Twitter dan juga Instagram.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen