"Belum lawan dah kena tampar." - Netizen tercengang lihat gelagat 'coach' & atlet judo Jerman macam bergaduh

Oleh: Zuzu Yasmine

Macam-macam kisah yang berlaku di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung ketika ini. Ada yang sedih ada juga yang menjadi hiburan buat penonton acara sukan itu.

Belum lawan dah kena tampar

Baru-baru ini, tular pula akan video seorang atlet Judo Olimpik Jerman ditampar di muka oleh jurulatihnya sebelum pergi ke pentas perlawanan.

Video tersebut telah menjadi perhatian warganet yang rata-rata agak terkejut melihat cara jurulatih memberi semangat kepada Martyna Trajdos sebelum berlawan di acara sukan tersebut.

Minta jurulatih buat macam tu

Walaupun dilihat agak kasar namun atlet Judo Jerman, Martyna Trajdos itu menyatakan bahawa dia yang meminta agar jurulatihnya melakukan perkara tersebut bagi menimbulkan rasa marah sebelum pertarungan.

“Seperti yang sudah saya katakan itulah ritual yang saya pilih sebelum pertandingan! Jurulatih saya hanya melakukan apa yang saya mahu dia lakukan untuk semangatkan saya!” kongsinya menerusi Instagram.

Belum lawan dah macam ni

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut merasa sakit melihat tamparan yang diberikan jurulatih tersebut kepada atlet judo itu, selain turut menjelaskan itu cara menaikkan aura sebelum berlawan.

Bangkitkan aura membantai ni



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen