Hantu pun ambil vaksin, gelagat penerima vaksin berpenampilan seram di PPV jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa teruja tiba giliran menerima vaksin ini memang tidak boleh disorokkan. Mana tidaknya, ramai yang sudah melakukan persiapan seperti pakaian apa untuk dipakai apabila pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kelak.

Kalau orang lain memakai custom adiwira kegemaran mereka atau berpenampilan cantik, tapi lain pula dengan individu ini yang tampil lebih unik namun kelihatan seram.

Hantu pun datang vaksin

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @Gurangak2.0, telah memaparkan seorang individu berpenampilan seram dengan rambut yang kusut dan baju yang comot.

Lebih menariknya, individu berkenaan masuk dengan penuh sopan walaupun pakaian yang dipakai kelihatan comot sehingga menarik perhatian mata-mata di situ.

Ahhh, takut...

Sempat menakut-nakutkan petugas di situ, individu berkenaan juga mengeluarkan ketawa yang menyeramkan sebelum duduk di depan kaunter.

Malah, turut kedengaran sorakan di video tersebut dan indiviu itu memberi lambaian kepada mereka yang menyoraknya.

Bila hantu tak ada ‘job’

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan gelagat individu berkenaan selain turut mempersoalkan bagaimana untuk mengenali gambar di IC dengan mukanya.

Malah turut memuji bahawa indivdiu tersebut paling unik setakat ini.

Macam mana nak periksa muka

Covid pun keliru

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen