Susulan video seorang usahawan, Carl Samsudin yang tular berikutan didakwa meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, semalam.
Selepas mendapat kecaman dari netizen, usahawan tersebut telah pun membuat pemohonan maaf di Instagram miliknya selain mengakui akan kesilapan yang telah dilakukan.
“Im sorry”
Dia yang berjanji untuk menemui kembali warga emas berkenaan telah pun menepati janjinya apabila memuat naik gambar dan video pertemuan bersama Pakcik Hadi.
Posting yang memaparkan dia mencangkung sambil memandang warga emas itu dimuat naik dengan kapsyen ringkas iaitu meminta maaf.
Turut serta
Menerusi IG Story miliknya, Carl Samsudin juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi yang turut bersama-sama di dalam pertemuan tersebut.
Sejak semalam, tular akan video memaparkan usahawan berkenaan mempersoalkan warga emas tersebut akan penyesalan sewaktu muda kerana tidak berusaha mengubah nasibnya.
Perkara tersebut menjadi kecoh apabila netizen mendakwa usahawan berkenaan menjatuhkan maruah dan air muka warga emas tersebut.
Tinggalkan Komen