Menerusi muat naik hantaran oleh pengguna Twitter, Mohd Redzuan Abdul Manap melaporkan bahawa mesyuarat Khas Parlimen hari ini ditangguh pada jam 5.15 petang.
Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19
Keputusan itu susulan didapati dua kes jangkitan Covid-19 telah dikesan di bangunan Parlimen selepas ujian saringan dilakukan ke atas semua ahli Parlimen dan petugas hari ini.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook memaklumkan bahawa sehingga 28 Julai 2021, sebanyak 56 kes positif Covid-19 telah dikesan melibatkan dua orang ahli Parlimen, enam orang pegawai pengiring dan 48 orang pegawai dari pelbagai agensi kerajaan.
Ini menjadikan kadar positif adalah 2.7 peratus dan dari 56 kes yang positif, hanya 39 orang yang belum menerima vaksin lengkap atau belum menerima vaksin.
KKM minta sentiasa patuh SOP
Susulan itu, KKM mencadangkan agar jumlah kehadiran secara fizikal di Parlimen dikurangkan dan tempoh persidangan dipendekkan selain memastikan Sidang Khas Parlimen terus berjalan lancar, semua individu dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada.
Tinggalkan Komen