Tak mampu bayar pengasuh & kewangan tak stabil, 'rider' dedah punca bawa anak bersama

Sebelum ini tular beberapa keping gambar akan seorang ‘rider’ membawa anaknya yang masih kecil menghantar makanan telah menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik oleh pengguna Facebook kerana sayu melihat kesungguhan bapa berkenaan.

Menurut penghantar makanan dikenali sebagai Muhammad Razwan Izuddin Abdullah itu, dia menyatakan bahawa bukan sengaja membawa anaknya bersama tetapi disebabkan tidak mampu mengupah pengasuh untuk menjaga anak bongsunya itu.

"Saya bukan sengaja bawa anak bersama ketika keluar bekerja tetapi terpaksa kerana tidak mampu mengupah pengasuh," katanya.

Berkongsi keadaan sebenar, bapa berusia 29 tahun itu menyatakan bahawa dia berkerja sebagai penghantar makanan sejak enam bulan lalu manakala isterinya, Nor Hasliza Abdullah, 24, adalah pembantu di sebuah klinik.

Jelasnya, disebabkan masing-masing bekerja, tiada siapa boleh menjaga Muhammad Adam Rizqi menyebabkan dia perlu mengambil tanggungjawab membawa bersama anaknya itu ketika keluar bekerja.

"Sebenarnya, sejak awal bekerja sebagai penghantar makanan lagi saya sudah membawa anak kerana tiada siapa ada di rumah untuk menjaganya.

"Pendapatan saya tidak cukup untuk membayar pengasuh kerana masih tinggal menyewa dengan bayaran RM400 sebulan malah tiga lagi anak berusia tujuh, lima serta tiga tahun juga terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga ibu saudara isteri kerana kewangan kini belum stabil.

"Waktu kerja saya agak fleksibel jadi boleh membawa anak bersama ketika mengambil dan menghantar pesanan pelanggan," ujarnya.

Katanya, setiap kali dia membawa anak bongsunya, Muhammad Adam Rizqi, dia akan meletakkan anaknya itu di dalam alat pembawa bayi yang diikat pada badannya selain turut memakaikan topi sebagai pelindung kepala untuk keselamatan.

"Anak saya tidak meragam tetapi dia masih kecil. Jadi, dia tidak faham malah banyak topi dipakaikan dibuang olehnya.

"Saya perlu jelaskan perkara ini kerana ada segelintir netizen mempersoalkan tindakan saya membawa anak keluar bekerja dengan menunggang motosikal.

"Hakikatnya, saya terpaksa dan tidak akan membawanya bersama jika mampu mengupah pengasuh," katanya.

Meskipun pendapatannya tidak menentu, dia bersyukur kerana ada pekerjaan untuk dilakukan selepas menganggur beberapa bulan kerana diberhentikan kerja sebagai tukang cuci di sebuah kilang dan berterima kasih kepada mereka yang membantu dan mendoakannya selepas tular di media sosial.

"Jika banyak pesanan, saya boleh meraih RM500 dalam seminggu tetapi ada ketika hanya RM200 saja.

"Apapun, saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana ada di antaranya memberi sumbangan kepada anak saya ketika bertemu dengan kami.

"Hanya Allah saja dapat membalasnya dan hari ini, saya akan berpindah ke Mak Mandin, Butterworth dan anak nanti akan dijaga oleh ibu saudara yang tinggal berhampiran," katanya.

Anda masih keseorangan?

964,266 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen