Seronok aibkan orang? Tauke Jambu bakal buat sidang media

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan kisah seorang pelawak terkenal dikatakan telah ditahan di sebuah hotal dipercayai terlibat dalam kes pemerdagangan manusia telah menjadi perhatian ramai.

Sehubungan itu, nama pelawak Tauke Jambu telah dipetik sama oleh netizen berhubung isu berkenaan dan dia berasa sedih akan situasi yang menimpa dirinya.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amti Zakaria, 45, mempersoalkan akan tindakan segelintir individu yang mencemarkan maruah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam masyarakat hari ini.

“Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kita seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati.

“Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk... adakah kita rasa begitu mulia?” luahnya.

Menerusi laporan mStar, Tauke memaklumkan bahawa pihaknya bakal mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.

“InsyaAllah saya buat sidang media,” katanya ringkas kepada mStar.

Dalam pada itu, Tauke turut memaklumkan bahawa pihaknya dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa.

Sebelum ini, dia yang terpalit sama akan isu ‘bapa ayam’ telah menafikan bahawa dia adalah pelawak yang ditahan polis berhubung kes tersebut.

Malah, dia juga menjelaskan bahawa dia tiada kaitan dengan jenayah tersebut sebaliknya berada di rumah di Bukit Jalil ketika isu itu mula jadi sebutan ramai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen