"Saya yakin dia akan balik rumah..." -Shuib reda & positif keadaan Siti Sarah

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas menjalani pembedahan, penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan seorang bayi lelaki diberi nama Ayash Affan kira-kira jam 5 petang tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, semalam.

Menurut laporan Harian Metro, suaminya yang merupakan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu sentiasa positif akan keadaan isterinya malah turut yakin isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini.

"Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa.

"Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.

"Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat," katanya ketika majlis bacaan Yasin secara maya.

Menurut Shuib, selepas bacaan Yassin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.

"10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.

"Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya. Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa," ujarnya.

Dalam pada itu Shuib juga reda dengan ujian Allah SWT malah percaya ada kebaikan disebalik dugaan ini.

"Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia.

"Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi. Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya," tambahnya.

Pelawak terkenal berkenaan juga memaklumkan apa yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikan perkara yang baik buatnya sekeluarga.

"Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiap kali solat doakan Sarah sampai bila-bila," katanya.

Sebelum ini, penyanyi lagu Semakin itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami batuk dan tidak selesa berikutan tahap oksigen yang kurang stabil.

Pada 27 Julai lalu, Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan. Difahamkan, Shuib dan tiga cahaya mata mereka sudah pulih daripada wabak itu selepas dikuarantin selama beberapa hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen