"Tiga kali kami jumpa borak, tak sangka..." -Che Ta terkilan Diva AA kondem 'style' ke PPV

Sebut sahaja nama Che Ta pasti sudah terbayang penampilannya yang tak pernah mengecewakan meskipun ketika memasak di dapur.

Bagaimanapun, baru-baru ini artis kelahiran Kedah itu telah menjadi tumpuan ramai apabila dia melaram semata-mata untuk pergi pusat vaksin. Meskipun dikelilingi pelbagai respon namun, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan kekal tenang mendepani tanggapan netizen.

 

Diva AA kondem 'style' Che Ta

Tidak hanya dengan itu, bahkan rakan dia juga nyata telah menerima kritikan yang hebat juga oleh Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA berhubung penampilannya ke pusat vaksinasi baru-baru ini.

 

Menerusi muat naik hantaran di Instagram Chet Ta memaparkan tangkap layar skrin akan kenyataan yang dimuat naik oleh Azwan Ali yang sepertinya memperlekehkan penampilannya.

'Saya tak tahu kenapa dia tergamak...'

Dalam pada itu, Che Ta turut mengulas lanjut situasi yang sedang menghimpitnya ketika ini menerusi kapsyen yang disertakan bersama gambar tersebut yang memaklumkan bahawa selama ini hubungan mereka baik-baik sahaja.

"Dalam tiga tahun ini, 3 kali kami jumpa, borak ambil gambar, selfie dan ada juga buat video call..."

"Pastu kami shuting sama-sama..."

Hantaran tersebut dapat dilihat sepertinya Che Ta terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh selebriti berkenaan namun, sehingga hari ini tiada penjelasan terperinci berhubung muat naik hantaran yang kini menjadi perhatian netizen.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen