“Ramai doakan Sarah…” -Solat jenazah ghaib buat Allahyarham Siti Sarah di Masjidil Haram

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih terasa lagi kesedihan akan pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin walaupun upacara pengebumian telah selesai semalam.

Mana tidaknya, Allahyarham bukan sahaja dikenali sebagai insan yang pemurah namun juga seorang isteri dan ibu yang baik buat keluarganya.

Solat Jenazah di Mekah buat arwah

Menerusi satu perkongsian dari ‘live’ bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah di YouTube semalam, terdapat individu yang berkongsi bahawa seramai 300 lebih orang di Mekah telah melakukan Solat Jenazah Ghaib yang diketuai oleh Imam Masjid Mekah buat arwah.

Sehubungan itu, pelawak Shuib juga telah berkongsi video di Instagram miliknya yang memaparkan keadaan Solat Jenazah Ghaib yang dilakukan di dalam Masjidil Haram.

“Allah terlalu sayang u ibu, bergembiralah di syurga bidadari ku Siti Sarah,” tulisnya di ruang kapsyen.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang turut mengakui bahawa pemergian isteri pelawak terkenal itu adalah pemergian yang dicemburui. Malah, mereka turut mengakui bahawa pemergian ini membuka mata ramai pihak.

Pemergian dicemburui

Buka mata ramai

Orang baik ramai sayang

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen