"Daddy, cepat bagitahu jangan sorok..." -Reaksi anak lepas Shuib beritahu Sarah dah 'pergi' runtun hati ramai

Pelakon dan pelawak , Shuib sebelum ini akui sungguh tak sampai hati ingin memberitahu tiga orang anaknya di rumah tentang pemergian arwah Siti Sarah akibat Covid-19 pada Isnin.

Namun, dalam waktu yang sama dia turut berharap agar diberi kekuatan untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada anak-anaknya kerana lambat laun mereka juga perlu tahu.

Anak sebak dapat tahu ibu tiada

Menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram milik Siti Sarah, Shuib telah memuatkan sebuah video yang menyaksikan detik-detik bilamana anaknya melihat berita kematian ibunya di kaca televisyen. 

Mereka yang masih kecil lantas bertanya terus kepada si ayah tentang keadaan ibunya kerana berdasarkan pengetahuan mereka, Siti Sarah sebelum ini berada dalam keadaan koma di hospital akibat daripada jangkitan tersebut.

"Ya Allah beratnya hati kami, akhirnya dengan lafaz bismillah, selawat daddy terangkan hal sebenar dengan tenang. Anak-anak menangis."

Titip pesan buat anak-anak

Berat mata memandang, berat lagi bahu Shuib yang perlu memikul tanggungjawab selepas ini untuk keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta.

Pun begitu, sebagai seorang bapa dia menitipkan pesan buat harta bernilai yang ditinggalkan Siti Sarah iaitu anak-anaknya agar menjadi anak yang soleh dan solehah serta perbanyakkan amalan yang lebih mendekatkan mereka kepada sang Pencipta.

"Uwais, Talita, Matin dan Ayash, jadilah anak yang soleh dan solehah, rajin solat, pandai mengaji Al-Quran selalu bersedekah dan dengar cakap daddy dan family..."

"Kita hanya berpisah di dunia, bertemu kembali di syurga."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen