"Jangan lawan takdir..." -Netizen tak setuju Anju pertikai 'maid' jadi punca jangkitan Covid-19

Zarina Anjoulie bukanlah nama yang asing lagi dalam kalangan selebriti. Meskipun sering kali dihimpit dengan kontroversi namun, ianya tidak sedikitpun menjejaskan karier dan semangatnya.

Berang pembantu ramai jadi punca jangkitan

Terbaharu, seorang pengguna Tiktok ada memuat naik sebuah video yang menyaksikan tindakan Anju mempersoalkan punca  berlakunya penularan jangkitan Covid-19 kepada sebahagian mereka di luar sana.

Dia seperti tidak berpuas hati apabila mengetahui kebanyakan kenalan terdekatnya disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada pembantu rumah.

"Aku nak tanya mana orang gajI dia pergi, annoying lah." 

"Ini bukan kali pertama tau aku dengar dapat dari orang gaji."

'Allahu Shuib pun tak salahkan maid'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya kurang bersetujua dengan tindakan selebriti berkenaan kerana menganggap ianya sudah keterlaluan namun, tak kurang juga yang berpihak pada kenyataan Anju.

 

'Jangan rendahkan orang gaji'

'Kesian kena tuduh'

'Tak kisahlah pergi mana, jaga SOP'

 

Untuk makluman, isu tersebut berbangkit selepas mengetahui bahawa kronologi jangkitan Covid-19 yang terjadi pada keluarga Shuib bermula daripada pembantu rumahnya selepas didapati bersalaman dengan kawannya ketika buang sampah.

Namun, Shuib dalam kenyataannya tidak sedikit pun menyalahkan pembantu rumah sebaliknya memandang ujian tersebut sebagai satu asbab lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen