Termenung fikir susu 'baby' Ayash Affan, Shuib dedah Syatilla Melvin luah hasrat jadi ibu susuan

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas pemergian Allayarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib Sepahtu bertanggungjawab besar membesarkan dan mendidikan empat orang anaknya yang masih kecil termasuklah bayi pramatang Ayash Affan yang berusia 5 hari.

Namun, apa yang lebih membimbangkan pelawak dan usahawan terkenal itu adalah susu untuk bayi yang kini masih dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Bagaimanapun, pelawak berkenaan ada mendedahkan dia menerima banyak tawaran daripada rakan selebriti wanita termasuk pelakon Syatilla Melvin yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak keempatnya itu.

“Pagi tadi bangun tidur, termenung kejap. Terfikir kalau baby dah balik rumah, dia nak minum susu macam mana. Teringat kata-kata arwah… dia suruh saya yang jaga baby sebab tak nak bersengkang mata.

“Sebab tiga orang anak kami, dia yang banyak jaga. Masa itu terfikir kalau tak larat, dia masih ada. Tapi rupa-rupanya memang betul saya kena jaga seorang diri.

“Memang fasal susu ini buat saya termenung juga. Sebab sekarang doktor kata baby minum susu tepung tapi kalau ada susu ibu, boleh bawa ke hospital. Itu dah soalan cepumas… susu siapa pula nak bagi.

“Ramai orang yang tawar termasuk Samtilla (Syatilla) pun ada. Apabila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa… nanti jadi ibu susuan. Saya tak tahu sangat, nak kena tanya ustaz dahulu,” katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, malam tadi.

Dalam pada itu, Shuib memaklumkan bahawa dia berlum berpeluang bertemu dengan anak bongsunya itu memandangkan keadaan di PPUKM berisiko tinggi Covid-19.

Walau bagaimanapun, dia cuba untuk dapatkan gambar dan video Aysah Affan memandangkan anak-anaknya juga sudah bertanya.

“Untuk lebih selamat dia terpaksa tunda lagi. Tapi dia tetap akan cuba dapatkan gambar dan video baby. Anak-anak pun dah tanya bila dapat tengok, saya lagi la nak tengok baby.

“Alhamdulillah keadaan dia stabil dan berat dia pun dah lebih 1.8 kilogram. Cuma waktu sekarag tidak sesuai untuk ambil gambar, doktor bimbang saya akan sedih.

“Tapi doktor akan cuba untuk ambil gambar baby. Insya-Allah dalam sebulan lebih lagi, baby mungkin akan balik ke rumah,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafasanya pada jam 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur selepas tahap oksigen menurun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen