Tak pernah bercinta sepanjang 26 tahun, bukan memilih. -"Ayah dah tetapkan 2 syarat."

Hawa Rizwana, satu nama yang cukup dikenali sebagai seorang pengacara dan pembacar berita. Ya, dia terlihat serba boleh dalam kedua-dua bidang itu dan siapa sangka kini dia semakin 'laris' menghiasi kaca televisyen.

Dari kecil ayah praktis macam pembaca berita

Bercerita lanjut tentang perjalan kariernya, Hawa merupakan seorang graduan Universiti tempatan dalam jurusan kewartawanan, jadi tidak hairanlah jika dia pelopor kedua-dua bidang itu dengan sangat mahir dan profesional.

"Ketika masih di bangku sekolah, setiap kali bersama ayah dalam kereta, kalau ada surat khabar dia akan suruh saya baca ala-ala gaya sesorang penyampai berita."

"Tetapi saya tidak nampak lagi kerjaya sebegitu...Alhamdulillah ketika belajar di UiTM, saya berpeluang untuk menjalani latihan industri di Media Prima dan dihantar ke unit penerbitan program Wanita Hari Ini (WHI). Akhirnya, saya dapat rezeki jadi pengacara rancangan berkenaan."

-Hawa-

 

Akui status masih belum dimiliki

Namun begitu, apabila sentuh pula berkenaan status peribadi, Hawa berkata bahawa hatinya belum lagi dimiliki mana-mana lelaki dan belum terfikir untuk memiliki seseorang yang bergelar kekasih hati selain mengaku tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam percintaan.

"Saya sangat dahagakan pengalaman (kerja). Lagipun saya memang tak pernah bercinta sebelum ini. Kalau kawan lelai itu ada lah."

Ayah dah tetapkan dua syarat

Berikutan statusnya yang masih bujang, pastinya beranggapan bahawa dia seorang yang memilih tetapi menurut Hawa bapanya telah meletakkan dia syarat jika ada lelaki ingin menyunting puteri kesayangannya.

"Ayah bagi dua syarat. Pertama lelaki yang bangun solat Subu sebab kalau dia bangun solat Subuh, insya-Allah solat lain akan terjaga. Kedua lelaki yang tidak merokok."

"Saya secara peribadi inginkan bakal suami yang boleh menerima saya ketika susah dan senang, semasa sakit atau sihat, memahami dan boleh menenangkan saya ketika dalam kegelisahan."

-Hawa-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen