"Dine-in dan pasar malam dibenarkan di negeri-negeri fasa 1." -Muhyiddin Yassin

Buat yang ternanti-nanti khabar gembira sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan terutamanya di negeri-negeri fasa 1, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di negeri itu.

Kriteria dua dos lengkap

Untuk rujukan berkenaan kriteria-kriteria lengkap vaksinasi adalah seperti berikut:

a) Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan(Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

b) Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan Casino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh vaksin.

Pasar malam dan dine in dibenarkan

Dalam pada itu, antara kelonggaran yang diberikan kepada negeri-negeri ini adalah dine-in, aktiviti sukan atau beriadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan serta operasi pasar malam dan pasar minggu.

"Bagi pasangan yang membawa anak-anak berusia 17 tahun dan kebawah untuk dine-in di premis, pastikan anak-anak mematuhi SOP yang ketat."

"Sementara aktiviti beriadah (outdoor) pula bermula jam 6 pagi hingga 10 malam."

Tambah beliau lagi dalam kenyataannya, hari ini kesemua kemudahan yang diumumkan akan mula berkuatkuasa pada Jumaat, 20 Ogos.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen