Polis geledah rumah UEL di Setia Alam bagi cari bahan bukti

Susulan pendedahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tentang pendakwah popular yang disyaki sebagai saksi bagi kes gangguan seksual, pihak polis dilihat mula melakukan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bahan bukti di rumah Ustaz Ebit Lew petang tadi. 

Tiga buah kenderaan milik PDRM memasuki kawasan berkenaan pada jam 4.15 petang

Sementara itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan UEL turut memasuki kawasan perumahan itu.

Memetik laporan Kosmo!, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pasukan penyiasat daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan membuat kerja penggeledahan di kediaman pendakwah itu bagi mencari bahan bukti. 

“Penggeledahan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan. Namun begitu, saya tidak dapat pastikan bila pegawai penyiasat kes akan ke rumah beliau (Ebit) sama ada hari ini atau esok, itu kena tanya mereka sendiri,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Hari ini Ustaz Ebit Lew telah hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Anda masih keseorangan?

1,009,867 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen