Sama cantik sama padan, Remy Ishak kini begelar suami orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebentar tadi, pelakon pujaan ramai, Remy Ishak telah selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya di dalam majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Pelakon berusia 39 tahun itu telah memilih Riszaliza Yusof 38 atau lebih mesra dengan panggilan Ezza Yusof sebagai teman hidupnya.

Remy dan Ezza telah dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof dengan mas kahwin sebentuk cincin.

Majlis akad nikah yang bermula pada jam 1 petang itu berlangsung secara ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan berkenaan dilihat mengenakan persalinan serba putih di hari bahagia mereka hasil rekaan Mirul Jonit dan tatarias oleh jurusolek Chomel serta Adik Wan.

Sebelum ini, Remy memaklumkan bahawa dirinya bakal menamatkan zaman bujang Khamis lalu setelah menangguhkan perkahwinannya pada bulan Mei lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk makluman, Remy dan Ezza mengikat tali pertunangan pada 2017 namun ikatan perhubungan putus pada 2019. Bagaimanapun hubungan mereka kembali pulih tahun ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen