Rasa tak selamat dengan tindakan polis, Caprice takut nak balik Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Didakwa tidak dapat dihubungi oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga memerlukan bantuan Interpol untuk menghubunginya, Caprice mengakui berasa tidak selamat.

Perkara itu diluahkan oleh penyanyi rap berkenaan menerusi live Instagram  malam tadi dengan mengakui berasa tidak selamat di Jordan berikutan tindakan polis Malaysia, selain takut untuk pulang ke tanah air.

Menurut Caprice, dia berasa kusut dengan situasi yang berlaku sekarang malah dia telah pun membeli tiket untuk pulang namun dikoyakkan disebabkan kemelut ini.

"Saya sudah beli tiket nak balik Malaysia, tapi apabila baca berita kata polis minta tolong Interpol cari, saya terus koyak tiket.

"Apabila polis dengan Interpol cari macam ini, memang tidaklah saya nak balik Malaysia," katanya.

Tambahnya, dia merasa takut disebabkan kemelut ini semakin pelik buat dirinya.

"Makin lama saya ada rasa takut sikit sebab semuanya semakin pelik," ujarnya lagi.

Selain Caprice, PDRM turut memohon bantuan Interpol untuk berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Terdahulu, pihak polis mencari Caprice untuk membantu siasatan  susulan laporan polis yang dibuat oleh pendakwah bebas, Ebit Lew.

Ebit Liew membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung tuduhan yang dilontarkan beberapa individu terhadapnya menerusi laman sosial baru-baru ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen