“Tanpa 2 dos pun kami boleh dine-in.” -Netizen berang, wanita bangga tayang makan kedai belum cukup vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat penerima vaksin yang sudah lengkap dua dos tentunya melonjak kegembiraan apabila pihak kerajaan membenarkan aktiviti dine-in di restoran bermula pada 20 Ogos 2021 lalu.

Difahamkan, bagi memasuki restoran atau kedai makan pemilik permis perlu memeriksa sijil digital vaksin bagi memastikan individu yang datang telah lengkap menerima vaksin serta telah melepasi tempoh matang sebelum mereka makan di restoran.

Bagaimanapun, ada sahaja yang cuba mengambil kesempatan atas kelonggaran yang diberikan kepada penerima vaksin dua dos ini terutama mereka yang menolak vaksin.

Bangga dapat dine-in tanpa sijil digital

Baru-baru ini, tular di laman Twitter akan paparan tangkap layar seorang wanita yang berkongsi ‘social experiment’ yang dilakukan ketika memasuki beberapa permis selain kedai makan tanpa dapatkan suntikan vaksin.

Wanita berkenaan memaklumkan bahawa terdapat beberapa permis tidak membuat semakan sijil digital vaksin seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Meskipun begitu, dia memaklumkan bahawa suaminya gagal mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di dua buah kedai disebabkan tiada sijil digital vaksin namun berjaya selepas tiga kali mencuba di kedai berlainan.

"Allah bagi mudah"

Lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila wanita berkenaan bangga apabila dirinya berjaya meloloskan diri daripada peraturan baru yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

"Belum kena boleh la cakap"

Sehubungan perkongsian tersebut, rata-rata meluahkan rasa bengang akan tindakan wanita tersebut yang melanggar SOP telah ditetapkan. Malah, mereka turut berharap agar pihak berkuasa ambil tindakan terhadap wanita berkenaan.

Bangga tak ambil vaksin

Kesian anak dapat mak ayah macam ni

Pentingkan diri

PDRM tolong ambil tindakan

Vaksin takut, menipu tak takut

Untuk makluman, status wanita berkenaan yang dimuat naik di laman Facebook itu tidak dapat diakses oleh orang ramai memandangkan telah ditukar kepada mod peribadi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen