Warga asing disindir asyik sibuk nak rekod, netizen tanya petugas PPV pun pilih kasih ke?

Sejak kerajaan membenarkan individu merakamkan detik-detik sepanjang  berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), media sosial terus dibanjiri dengan perkongsian video mereka sekaligus dapat menjadi kenangan untuk tatapan di masa akan datang.

Lelaki warga asing disindir sibuk nak rekod

Begitu juga yang ingin dilakukan oleh seorang pengguna Tiktok ini namun, lain pula yang terjadi apabila nasibnya kurang bertuah pada hari itu kerana tindakannya untuk merakam moment di PPV seperti kurang disenangi petugas di sana.

 

Hal ini kerana petugas berkenaan melayaninya dengan cara yang kurang baik dan menyindir perbuatannya yang asyik sibuk nak rekod, tidak seperti kebanyakan individu lain sehingga rata-rata netizen beranggapan bahawa sebahagian besar petugas sejenis yang gemar menilai rupa.

'Dia pun ada perasaan'

Meninjau pula ke ruangan komen, rata-ratanya kesal dengan cara layanan petugas berkenaan namun dalam masa yang sama bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki warga asing itu. Mujur sahaja tidak terdedah wajah petugas berkenaan.

 

'Sedih dilayan macam tu'

'Pandang goodlooking je'

Anda masih keseorangan?

963,304 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen