Sempena hari perkahwinan, Remy Ishak dan isteri terima hadiah dari Agong dan Permaisuri

Bersempena dengan hari perkahwinan pelakon, Remy Ishak dan isterinya Ezza Yusof pada Sabtu lalu, mereka berdua telah menerima hadiah istimewa kiriman dari Istana oleh KDYMM Baginda Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Terima hadiah kahwin dari Istana

Khabar gembira itu telah dikongsikan oleh Remy sendiri di laman Instagram menerusi hantaran terbaharunya yang menyaksikan sebuah video menjunjung kasih kepada Agong dan Permaisuri atas kiriman istimewa itu buat dia dan isteri.

Menerusi perkongsian itu dapat dilihat beberapa kotak berwarna kuning di atas meja yang dibungkus dengan cantik dan kemas di hadapan mereka.

'Moga peroleh kesejahteraan dunia dan akhirat'

Sehubungan itu, tak dinafikan kedua-dua mereka sungguh terharu dengan kiriman tersebut. Remy dalam kapsyennya turut menitipkan doa buat Agong dan Permaisuri agar kedua-duanya sentiasa dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat.

 

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan pengumuman istimewa oleh pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu yang memaklumkan akan menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu.

Tak dinafikan ramai yang pastinya kecewa apabila hero idaman mereka akhirnya milik mutlak seorang wanita yang sangat bertuah. 

Bagaimanapun, doa peminat sentiasa mengiringi pasangan pengantin baru ini agar kedua-duanya terus dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen