Pernah kena 'block' lepas ajak kahwin, lelaki Jerman tak putus asa, akhirnya miliki isteri 'utagha'

Bercerita atau mengimbau saat awal perkenalan dengan pasangan pastinya akan membuat kita tersenyum walau sesukar apapun yang dilalui pada ketika itu, maklumlah jodoh itu kan antara rahsia Allah yang tak siapa tahu.

Jumpa jodoh 'mat saleh' di stesen LRT

Begitu juga yang dilalui oleh pengguna Tiktok yang hanya ingin dikenali sebagai Damia. Dia merupakan anak kelahiran Kedah yang telah bertemu jodohnya dengan seorang lelaki 'mat saleh' berasal dari Jerman.

 

 

Bercerita lanjut tentang kisah pertemuannya, Damia memberitahu pertama kali dia bertemu suaminya adalah ketika di stesen LRT dan hanya bertukar akaun Instagram untuk saling berhubung sekitar tahun 2017.

"Badan dia besar, penuh dengan tatu semua, saya takut bila dia tengok je saya."

Mula-mula kawan je macam biasa

Ujar Damia, suaminya selalu berkongsi cerita dengannya sehinggalah dia memberitahu ingin melamarkan sebelum kembali ke Jerman.

"Saya terkejutlah dia ajak kahwin tiba-tiba lepastu saya terus block semua akaun media sosial dia."

 

 

'Tiba-tiba ajak kahwin'

Damia yang masih belum bersedia untuk melangkah ke arah itu mengambil keputusan untuk menyekat semua akaun media sosialnya kerana takut sehinggalah ditakdirkan mereka bertemu semula ketika Damia bercuti ke Eropah.

 

 

 

"Masa jumpa tu dia minta maaf sebab 'cross line'..."

"Kali ketiga jumpa dia ajak saya kahwin lagi, tapi masa tu saya kata kita cubalah in relationship... lepastu kitaorang bercinta 2 bulan, tunang setahun."

Bagi yang mungkin tidak mengenali Damia, dia merupakan salah seorang pengguna Tiktok yang tak kekok berkongsi pengalaman dan kisahnya bersama suami apabila ditanya oleh pengikutnya di aplikasi itu.

Sifat mesranya itu ketika berkomunikasi membuatkan rata-ratanya selesa untuk menjadi teman yang saling bertukar cerita dan sebagainya. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen