Anggap bibik macam keluarga, majikan tular di TV Filipina belanja kos 'renovation' rumah sebagai hadiah

Bagi seorang pembantu rumah, memiliki majikan yang baik dan dianggap seperti sebuah keluarga merupakan satu anugerah, boleh jadi itu antara asbab pembantu rumah ini mampu berkhidmat dalam tempoh yang lama.

Terpaksa lepaskan pembantu rumah

Bercerita tentang pembantu rumah, seorang pengguna Tiktok yang menggunakan nama Cik Puan Gojes ada berkongsi moment bilamana dia terpaksa melepaskan pembantu rumahnya yang mesra dipanggil Nanny selepas 5 tahun berkhidmat untuk keluarganya dan siapa sangka perkongsian tersebut turut mendapat perhatian daripada saluran di Filipina.

 

 Alami masalah kesihatan

Nanny Maria yang berasal daripada Filipina terpaksa pulang semula ke kampung halaman kerana masalah kesihatan yang dialami olehnya.

 

'Dia seorang yang sangat baik'

Hal ini kerana menurut Cik Puan Gojes atau nama sebenarnya Ismaniza, Nanny merupakan pembantu rumah yang sangat baik dan tak pernah mengambil kesempatan bahkan, anak-anak juga rapat dan selesa dengannya.

 

"Dia pernah bersihkan rumah mak saya, walaupun dalam kontrak dah tertulis itu bukan skop tugasnya."

"Saya tak nak kehilangan Maria."

Tawar diri tampung kos renovation rumah

Setibanya di Filipina, Ismaniza dan suaminya berhasrat untuk memberinya hadiah sebagai tanda penghargaan. Ujarnya, dia dan suami tak mampu untuk menghadiahkan sebuah banglo jadi, dia akan menampung kos pengubahsuaian rumah Nanny agar mereka sekeluarga dapat tinggal dalam keadaan selesa.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen