Kali ini betul-betul, Isteri Badrol Shah meninggal dunia lepas 45 hari bertarung nyawa

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas 45 hari bertarung nyawa, pelakon Badrol Shah memaklumkan isteri tercintanya. Farah Shila Mazlan telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pada jam 8.15 pagi, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pelakon yang terkenal dengan filem Busut Bonang turut berkongsi berita kematian isterinya menerusi hantaran di Instagram @badrolshahmanan.

"Isteri saya baru menghembuskan nafas terakhir di HKL selepas 45 hari bertarung Covis-19," katanya.

Menerusi laporan Harian Metro, pihaknya sudah bersedia akan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku kepada isterinya.

"Kami semua sudah reda dan bersedia dengan segala kemungkinan," ujarnya.

Dalam pada itu, Bad juga memaklumkan bahawa dia berada di HKL untuk proses pengecaman jenazah dan belum pasti masa dan lokasi jenazah isterinya akan dikebumikan.

Bad juga mengakui trauma dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana ada yang menuduhnya menipu dan meraih simpati.

"Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.

"Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza," katanya.

Sebelum ini, berita kematian Farah Shila mencetuskan kekecohan apabila Bad menerusi media sosialnya memaklumkan isterinya disahkan meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pada hari sama dia tampil membetulkan keadaan apabila memberitahu berlaku salah faham dalam perkara ini.

Untuk makluman, Allahyarham Farah yang juga guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat meninggal dunia selepas 45 hari bertarung dengan Covid-19.

Bad sekeluarga termasuk empat anak-anaknya sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen