"Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan." - Lelaki 'tergamam' kamera ditutup ketika 'record' suntikan vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Pihak kerajaan sebelum ini telah membenarkan proses vaksinasi dirakam bagi memastikan penerima vaksin yakin dengan suntikan yang diterimanya.

Bukan sahaja untuk disimpan sebagai kenang-kenangan, namun rakaman tersebut juga mengalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin.

Bagaimanapun lain pula nasib pengguna Twitter dikenali sebagai @winraffm ini apabila dia memuat naik video ketika menerima suntikan vaksin.

“Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan”

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan salah seorang petugas di sana yang menegurnya agar tidak merakam selain turut menutup kamera telefon bimbit pemuda berkenaan.

Menurut pemuda tersebut, awalnya nurse yang menyuntiknya membenarkan untuk membuat rakaman, bagaimanapun tiba-tiba ada pihak lain yang datang menegur dan menutup kameranya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan petugas tersebut yang dikatakan tidak berhak untuk menegur hal sedemikian.

Malah, mereka juga turut mempersoalkan mengapa segelintir petugas tidak benarkan untuk merakam.

Dia pun hilang kuasa la

Bukan nak 'record' muka dia

Apa punya perangai ni?

Terlibat jual beli vaksin ke?

Mohon pencerahan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen