"Tak akan ulang kali kedua..." -Ain Soleh akui serik pilih suami orang sebagai teman hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita muda yang rela menjadi isteri kedua sebelum ini telah sah bercerai.

Ingin memulakan hidup yang baru, Ain Soleh berlapang dada dan mengambil pengajaran dalam setiap apa yang berlaku pada hidupnya sepanjang berkongsi kasih suami.

Gembira urusan dipermudahkan

Teruja berkongsi kegembiraan urusannya di mahkamah Syariah selesai, Ain Soleh meminta agar namanya tidak dikaitkan lagi dengan bekas suami serta madunya dalam sesi Live Instagram.

Mengakui lega dilepaskan selepas dua bulan digantung tak bertali, Ain menyifatkan apa yang dia lalui itu sebagai satu mimpi.

Tambahnya, disebabkan perkahwinannya tahun lalu telah tular, dia memilih untuk mengwar-warkan penceraiannya bagi mengelak fitnah sekiranya ada pihak yang melihat dia bersama lelaki lain.

Wanita berusia 22 tahun itu juga meluahkan rasa serik dan tidak akan memilih ‘suami’ orang lagi sebagai pasangan hidup selain berkongsi beberapa ciri bakal suami yang akan dipilih kelak.

Nak mulakan hidup baru

Dalam ‘posting’ terbarunya, dia memaklumkan akan menyerahkan segala-galanya kepada yang Maha Berkuasa selain berterima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya.

Semoga Ain bertemu dengan kebahagiaan Ain selepas ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen