"Saya ada empat anak, semuanya perempuan. Insya-Allah saya kuat." - Bad reda pemergian isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas 45 hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19, isteri kepada isteri kepada pelakon Badrol Shah atau Bad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, di sini, selepas solat Maghrib, semalam.

Pelakon yang terkenal melalui filem Busut Bonang itu meluahkan rasa syukur apabila dapat menguruskan jenazah Allahyarham Farah Shila Mazlan selepas mendapat kebenaran pihak hospital dan pengurusan jenazah.

Menerusi sesi langsung di Facebook, Bad reda akan pemergian isterinya selepas 25 hari ditidurkan.

"Arwah isteri berada di wad selama 45 hari dan hari ini genap 25 hari ditidurkan dan kini pergi buat selama-lamanya. Kami semua reda. Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama para syuhada. Insya-Allah," katanya.

Katanya lagi, dia perlu kuat dengan semua ini memandangkan perlu membesarkan empat orang anaknya yang kesemuanya perempuan.

"Saya tak tahu nak cakap apa. Saya kena kuat hadapi ujian Allah SWT ini. Anak-anak semua menangis dan sentiasa tengok gambar ibu mereka. Anak paling kecil berusia dua tahun sudah kehilangan ibunya. "Saya ada empat anak dan semuanya perempuan. Insya-Allah saya kuat. Mudah-mudahan Allah akan beri kekuatan. Saya akan pikul tanggungjawab membesarkan anak-anak kami.

"Allah sedang menguji saya adakah saya boleh atau tidak menghadapinya. Saya sudah sedia dengan segala kemungkinan apabila selepas Isyak malam tadi doktor hubungi saya beritahu bila-bila masa saja isteri akan pergi," katanya.

Semalam, Bad menerusi hantaran di Instagram berkongsi berita kematian isterinya yang menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 pada jam 8.15 pagi.

Untuk makluman, Allahyarham Farah adalah guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat. Bad sekeluarga sebelum ini disahkan positif Covid-19 dan sudah selesai menjalani kuarantin di rumah pada 1 Ogos lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen