Demi nasi lemak 'viral', Shahiezy Sam terkejut 'rider' sanggup beratur 3 jam

Gara-gara teringin nasi lemak viral, perkongsian video pelakon Shahiezy Sam menjadi perhatian pengikutnya di media sosial.

Terharu pengorbanan 'rider'

Hal ini adalah kerana terharu dengan kesanggupan seorang penghantar makanan bernama Hafiz sanggup beratur lama untuk memenuhi hasrat pelanggannya yang ingin makan nasi lemak berkenaan.

 

Sanggup bertaur 3 jam

Menurut pelakon Adnan Sempit itu, pada awalnya Hafiz memberitahu bahawa dia perlu beratur sekejap tetapi tidak menyangka ia mengambil sehingga 3 jam iaitu dari pukul 8 hingga 11 pagi untuk dapatkan giliran.

"Dia cakap dengan saya kena beratur kejap, saya ingatkan sekejap lah rupanya 3 jam."

Kongsi rezeki sebelum pergi

Tak dinafikan, hadir rasa serba salah dalam dirinya ketika itu apabila mengenangkan tindakan Hafiz yang sanggup berbuat demikian.

Selain ucapan terima kasih, Sam turut berkongsi rezeki dengan pemuda berkenaan sebelum dia berlalu pergi menyambung tugasnya menghantar pesanan pelanggan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen