Tak dapat hadir ke Istana Negara, PM dimaklumkan sedang jalani kuarantin

Umum sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari di mana jemaah menteri kabinet baharu ke Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia.

Ismail Sabri tak hadir ke Istana Negara

Namun begitu, amat mendukacitakan apabila Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob tidak dapat hadir kerana sedang menjalani kuarantin kendiri bermula hari ini (Isnin) setelah didapati menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Memetik laporan mStar, Ismail Sabri juga hanya akan menyertai sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan esok di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya secara maya sahaja.

Untuk rekod, 31 menteri dan 38 timbalan menteri dijangka mengangkat sumpah hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, ia turut akan dihadiri Raja Permaisuri Agong serta Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen