Pentingkah Masih Dara dan Teruna Bagi Anda?

Persoalan di atas bagi sesetengah orang adalah begitu penting kerana ia melambangkan maruah dan perbadi. Tapi bagi yang lain ia tidaklah terlalu penting. Namun benarkah begitu?'



'Pernahkah terbayang di fikiran seorang lelaki tentang wanita yang bakal dikahwini, bakal ibu kepada anak-anak kita itu pernah tidur dengan lelaki lain? Mungkin tidak ia jadi sekali lagi? Persoalan semacam ini membuat lelaki/wanita sekiranya diberi pilihan, pasti memilih calon yang dirasakan 'baik' dan 'sesuai' dengan mereka.'

'Saya punya seorang kawan (A) yang menyatakan dia terlanjur dengan bekas tunangnya. Ditakdirkan mereka tiada jodoh dan masing-masing membawa haluan sendiri. Namun A berkeras wanita yang dia akan kahwini kelak mesti suci dan dara. Dia bagi alasan dia sudah bertaubat. Tapi adilkah untuk wanita itu pula?'



'Persoalan ini mampu dijawab sepotong ayat kitab suci Al-Quran 'lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan sebaliknya'. Namun tentu pernah terjadi perempuan mengahwini lelaki penzina dan lelaki yang boleh digelar ustaz bertemu jodoh dengan wanita yang ditebuk tupai. Jadi adakah ayat di atas tidak tepat?'

'Jika direnungkan kembali, ia membawa maksud yang tersirat. Pernahkah kita fikir yang kita akan jahat selamanya? Atau baik selamanya? Segala kemungkinan boleh jadi, bukan? Berbalik kepada topik saudara itu adalah hak lelaki tersebut untuk memutuskan pertunangan kerana dia berfikir wanita itu tidak sesuai untuk dia.'

'Mungkin Tuhan akan menjodohkan dia dengan wanita yang lebih baik. Bagi wanita itu pula, adakah pasangannya nanti seorang penzina juga? Jawapannya tidak semestinya, sebab boleh jadi dia bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih baik dari bekas tunang dia sekiranya dia betul-betul bertaubat.'

'Dalam senario kedua, maaf saya tidak setuju dengan komen saudara. Ia berbau seperti saudara di pihak wanita itu dan saudara naik hairan mengapa lelaki tersebut bertindak sedemikian. Jika berstatus pasangan teman-kekasih, secara logik semua lelaki pun tidak boleh terima gadis yang menyulam cinta dengannya namun pada masa yang sama tidur dengan lelaki lain. Ibarat cinta hanya untuk dia, namun tubuh untuk lelaki-lelaki lain!'



Walau apa pun, kejujuran adalah paling penting dan saya betul-betul kagum dengan kejujuran wanita-wanita yang menyatakan perkara yang benar walaupun pahit dan mengerti natijah dari pengakuan tersebut amatlah besar untuk mereka. Kepada lelaki yang ingin mementingkan sangat persoalan dara, cerminlah dulu diri anda sendiri atau setidaknya mampu membimbing wanita yang pada asalnya 'kurang baik'!'

'Stok awek, stok bini?'

Ini luahan salah seorang pembaca kami mengenai isu stok awek, stok bini?

Dunia kita sebenarnya bukan dunia yang sempurna. Senang cakaplah, bukan semua orang baik-baik saja hidup dalam dunia ni.'

'Aku ada banyak pengalaman tentang 'night life' di KL. Aku memang suka ke kelab dan lepak-lepak dengan kawan-kawan. Boleh kata tiap hujung minggu aku akan ke kelab buang masa. Situ macam-macam perempuan boleh kau jumpa (kalau kau tak pernah pergi atau masuk kelab) tapi semunya lebih kurang sama. Aku ayat sikit, ajak sembang sikit, belanja minum, tunjuk kunci BM aku - aku dah boleh bawa balik awek tu!'

'Sumpah aku tak tipu. Dan bukan seorang dua yang macam ni, tapi senang cakap makin ramai perempuan yang macam ni. Dan kalau bukan di kelab pun sama, ayat saja sikit, tunjuk duit dalam wallet, pegang kunci kereta besar, perempuan-perempuan ni sanggup buat apa saja yang kita minta! Itu sebab bagi aku dan kawan-kawan aku (lelaki), kami anggap perempuan macam ni stok awek saja. Boleh pakai, lepas tu buang dan ganti lain.'

'Aku tau mungkin kau marah baca komen aku tapi ini realiti, babe! Ya, mungkin hanya banyak di KL dan kota-kota besar. Tapi takkanlah kita salahkan lelaki saja kalau perempuan pun tak pernah ambil kisah fasal dara dan maruah? Senang sangat sampai aku pun nak hairan kenapa makin ramai perempuan macam dah tak ada maruah?'

Straight to the point, aku pun bukan lelaki teruna. Tapi aku taklah desperate sangat layan perempuan-perempuan murah dan pisau cukur macam ni. Macam aku cakap, aku dan kawan-kawan aku selalu naik malu tengok perangai perempuan macam ni.'

'Dan kau jangan tak tau, kalau di kelab yang akan 'minum' sampai mabuk tonggang-langgang, muntah dan pengsan, itu tak lain tak bukan - perempuan kitalah! Gila, kan? Aku yang tak berapa kuat agama ni pun, taubat takkan buat macam itu. Jadi kalau ada buaya jantan ambil kesempatan, kita nak salahkan siapa?'

'Nasihat ikhlas aku, perempuan hari ni kena pandai jaga maruah diri. Janganlah suka murahkan diri macam tu, bukan lelaki nak pun, paling kuat pakai buang sajalah. Yang pasti satu hari nanti kalau aku fikir nak kahwin, baiklah aku suruh mama aku pilih orang baik-baik. Of courseyang masih suci, stok bini. Ikhlas aku tanya, sebagai lelaki kau sanggup terima barang secondthird, entah berapa hand entah macam ni? Aku rasa orang lelaki paling alim dalam dunia ni pun akan cabut lari kalau tengok perempuan macam tu.'



Dan kesimpulannya?

Kesimpulannya mudah, kedua-dua pemerhatian rakan pembaca kita ini perlu kita fikir masak-masak. Kedua-duanya ada kebenaran yang perlu kita terima, walaupun kita mungkin kurang bersetuju atau tidak dapat menerima pendapat yang mereka kongsikan di sini. Tanpa membuka aib mana-mana pihak atau menyalahkan sesiapa, moga-moga kita semua sebagai lelaki dengan aspirasi neomaskulin boleh berfikir dengan rasional dan membuat pilihan terbaik untuk diri kita sendiri, demi kebahagiaan sebenar masa depan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen