"Dia bertuah dapat baba macam you..." -Sempena ulang tahun, Sharnaaz Ahmad dapat pujian dari Noor Nabila

Nama Sharnaaz Ahmad bukanlah lagi kedengaran asing dalam kalangan selebriti.

Meskipun kini jarang keluar di televisyen, namun dia masih tetap aktif berkongsi aktiviti hariannya di media sosial bersama anak tunggalnya, Jebat Jayden.

 

Ucapan istimewa sempena ulang tahun Jebat

Terbaharu, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu ada memuat naik sebuah video istimewa sempena menyambut ulang tahun kelahiran anaknya, Jebat Jayden yang ke-3 tahun.

"Baba sayang cek..."

Dalam hantaran tersebut, dia turut memuatkan kapsyen yang amat menyentuh hati dengan harapan coretan tersebut dapat dibaca oleh hero ciliknya suatu hari nanti.

"Baba sayang cek, baba will always be there and have your back... no matter how hard and bad life will hit you day by day..."

"And baba minta maaf kalau baba not good enough for you, but i'll try my best."

"Thank you baba..."

Meninjau pula ke ruangan komen, selian dibanjiri ucapan ulang tahun buat Sharnaaz dan Jebat dari rakan artis dan peminat, bekas isteri kepada berkenaan iaitu Noor Nabila turut tak ketinggalan untuk menitipkan ucapan istimewa buat kedua-duanya memandangkan mereka berkongsi tarikh kelahiran yang sama.

"Thank you baba, Jebat sangat bertuah dapat baba macam u." 

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah berpisah sekitar tahun lalu. Meskipun masing-masing sudah menemui kebahagiaan sendiri tetapi hubungan mereka sebagai bekas suami isteri masih dalam keadaan baik-baik sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen