"Apa yang berlaku atas tanggungan saya..." -Anak pelakon buat laporan polis tolak vaksin

Disebabkan bimbang akan kesan yang akan dialami olehnya, tiga orang pelajar tampil membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.

"Apa yang berlaku, atas tanggungan saya..."

Jelas pelajar berusia 17 tahun itu yang juga merupakan anak kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty, segala risiko di kemudian hari akan ditanggung olehnya sendiri.

"Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin."

"Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal."

"Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya..."

-Azrell Omar Azri Iskandar-

"Tiada individu paksa, saya nilai sendiri"

Menurut sumber, laporan tersebut dibuat olehnya dan seorang lagi adik perempuannya berusia 12 tahun dan kawannya berusia 17 tahun.

Ujarnya, tiada mana-mana individu yang memaksanya membuat laporan itu yang dibuat atas kewarasan sendiri lepas menilai maklumat yang diperolehinya.

"Saya ambil semua maklumat berkaitan vaksin dan Covid-19 daripada internet termasuk membaca berita dari luar negara selain maklumat daripada ibu saya, ahli keluarga serta kenalan."

"Dari situ saya menilai sendiri maklumat diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen