Serba mewah dan eksklusif, pengantin beri emas dan gelang tangan sebagai 'doorgift'

Suasana sekitar majlis perkahwinan personaliti TV Indonesia, Rizky Billar dan Lesty Kejora menjadi perhatian bukan sahaja dalam kalangan peminat di negara republik itu, bahkan juga di serata asia.

Selain terpaku melihat mahligai yang tersergam indah, cenderahati dan penyediaan makanan di majlis mereka juga terus menerus menjadi bualan dalam kalangan tetamu dan peminat.

Emas dan gelang sebagai cenderahati tetamu

Hal itu dapat dilihat menerusi perkongsian di Tiktok oleh pemilik yang menggunakan nama kinggusfay, ia menyaksikan jenis cenderahati yang diberi oleh pengantin iaitu emas seberat 0.025 gram, gelang tangan dan juga dua botol minyak wangi.

 

Kotak makan mewah dan eksklusif

Menerusi perkongsian lain, dia yang menggunakan Stilletto Pagarayu pula berkongsi tentang menu makanan yang dihidangkan untuk tetamu yang hadir.

 

Di dalam sebuah kotak sederhana besar berwarna biru gelap, dipenuhi dengan set lengkap makanan, pencuci mulut dan juga sebotol air. Ia benar-benar terlihat mewah dan eksklusif.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini telah selamat disatukan pada 19 Ogos yang lalu.

Pun begitu, sehingga ke hari ini majlis dari kedua-dua belah pihak masih meriah dengan kehadiran tetamu dari kalangan rakan selebriti dan juga ahli keluarga meskipun negara sedang berdepan dengan pandemik.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang untuk meraikan detik-detik bahagia ini dan jika dapat dilihat, majlis perkahwinan itu juga dilaksanakan mengikut garis SOP yang telah ditetapkan.

Anda masih keseorangan?

963,312 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen