Disuruh balik waktu ziarah kubur, Chef Zam pelik arahan pihak atasan tak seragam

Personaliti masakan terkenal, Chef Zam meluahkan rasa kecewa dengan pengendalian penguruaan pihak berwajib akan kebenaran menziarah yang telah dimumkan Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri pada Sabtu lalu.

Pelik arahan pihak atasan tak seragam

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia meminta penjelasan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhubung perkara tersebut.

 

 

"Kenapa masih tak dibenarkan sedangkan YAB Dato' Seri Ismail Sabri dah mulakan langkah beberapa hari yang lalu."

Banyak soalan yang ditanya tak berjawab

Selain itu, dia turut memaklumkan bahawa segala pertanyaan yang diajukan sebelum ini di platform media sosial rasmi milik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan MKN juga tidak berjawab.

"Dah banyak kali saya tanya melalui Twitter, FB dan phone calls tapi tiada jawapan langsung."

-Chef Zam-

Terdahulu, media melaporkan bahawa aktiviti menziarah kubur di luar waktu sambutan Aidilfitri dan Aidiladha adalah dibenarkan dengan syarat sentiasa mematuhi SOP.

Pun begitu, tak dinafikan berkemungkinan ada beberapa tempat yang masih tidak membenarkan aktiviti sedemikian memandangkan ianya berisiko dan sebagainya.

Harap segala kekeliruan yang sedang dihadapi rakyat sekarang, dapat diperjelaskan lebih terperinci agar tidak berulang perkara seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen