"Akan beritahu bila dah sedia..." - Harris Alif jawab khabar angin Intan Ladyana berbadan dua

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, kecoh satu video yang mendakwa pelakon Intan Ladyana kini sedang berbadan dua berdasarkan pemerhatian peminatnya.

Dalam rakaman yang dimuat naik di TikTok itu, isteri kepada Harris Alif dilihat sedang hamil kerana kelihatan jelas baby bump pada bahagian perut aktres berkenaan.

Menerusi laporan mStar online, Harris bagaimanapun tidak mengiyakan atau menafikan sepkulasi tersebut malah hanya memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

Menurus aktres berusia 22 tahun itu lagi, dia akan berkongsi gembira tersebut apabila tiba masa yang sesuai nanti.

“Ya saya tengok sana sini dah keluar (berita hamil)... InsyaAllah saya akan beritahu nanti. Sampai masanya, kalau saya dah bersedia saya akan beritahu nanti. Minta doakan yang baik-baik,” katanya.

Dalam pada itu, satu video yang dimuat naik Intan pada 23 Ogos lalu juga mengudang tanda tanya aapbila dia menutup batal di bahagian perutnya.

Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen