Atlet Ukraine mohon maaf lepas IG digodam, netizen minta henti jadi 'cyber bully'

Berikutan rasa ketidakpuas hatian rakya Malaysia terhadap keputusan pengadil yang membatalkan kelayakan atlit para, Ziyad Zolkefli, laman sosial rasmi Ukraine kini dibanjiri tohmahan dan kritikan.

IG Maksym digodam

Tidak hanya dengan itu, akaun Instagram milik atlit Lontar Peluru Ukraine iaitu Maksym Koval juga telah digodam menyebabkan dia terpaksa membuat akaun yang baru.

 Atlit Ukraine mohon maaf

Selepas menubuhkan akaun yang baru, atlit terbabit terus memuat naik kenyataan di Insta Story memohon maaf atas kejadian yang sedang menimpa rakyat Malaysia ketika ini.

"Akaun pertama saya telah digodam oleh Malaysia selepas Malaysia menyerang serta spam komen pada semua hantaran saya di Instagram."

-Maksym Koval-

"Semangat tentera bawang memang tinggi"

Susulan itu, sebahagian rakyat Malaysia berharap agar mereka menghentikan serangan yang dibuat.

"Sedih tengok bahasa"

Hal ini juga secara tak langsung melibatkan nama baik Malaysia di mata dunia dan jelas sekali tindakan mereka meninggalkan pelbagai tanggapan.

"Dia bukan normal macam kita"

Pun begitu, amat besar harapan mereka agar terus mendoakan kejayaan Ziyad selepas ini memandangkan Ketua Kontinjen akan tetap membuat permohonan untuk membantah keputusan penganjur sukan itu.

Anda masih keseorangan?

963,299 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen