Ellie Suriaty tak kisah anak tolak vaksin, cuma amalkan 'Homeopati' cegah Covid-19

Baru-baru ini tular satu laporan berhubung 3 pelajar sekolah membuatkan laporan polis kerana enggan menerima vaksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar tak lama lagi.

Untuk makluman, dua orang daripadanya adalah anak kepada pengarah dan juga pelakon, Ellie Suriaty dan Azri Iskandar.

Hormat keputusan anak

Memetik laporan mStar, Ellie menghormati keputusan anak-anaknya yang enggan mengambil vaksin kerana menurutnya mereka ada kebebasan untuk bersuara samada ingin terima atau tidak.

"Saya dan suami sependapat, ini untuk kesihatan mereka... mereka mempunyai medical freedom. Kita faham kehendak anak-anak."

"Apabila anak-anak beritahu tak nak ambil vaksin jadi saya perlu hormat keputusan mereka."

-Ellie Suriaty-

Nafi dakwaan keluarga tolak vaksin

Susulan insiden, Ellie dan keluarganya dilabel sebagai anti vaksin, namun dia tidak melatah sebaliknya meminta agar orang ramai melihat isu itu dalam sudut yang lebih luas.

"Saya harus mengatakan yang kita bukan anti vaksin, kita bukan orang yang menolak vaksin bulat-bulat. Sejak kecil saya pun ambil vaksin."

"Vaksin Covid-19 masih dalam kajdian dan kajian sepatutnya dibuat untuk tempoh lima hingga 10 tahun baru boleh diguna pakai atas manusia."

"Tapi sekarang ia dibuat dalam masa enam hingga lapan bulan, terus digunakan secara meluas... dekat situ kita persoalkan (keselamatam) kegunaan untuk anak-anak."

-Ellie Suriaty-

"Saya tak nak ambil risiko..."

Pernah kehilangan 2 orang cahaya mata, Ellie mengambil pendekatan untuk tidak meletakkan dua orang anaknya ini kepada yang perkara yang mungkin boleh merisikokan mereka.

"Adakah kerajaan nak bertanggungjawab if something happen?"

"Saya ada empat orang anak, dua daripadanya meninggal dunia ketika lahir dan keguguran."

"Jadi ada dua orang sahaja yang hidup... Saya tak akan ambil risiko."

Amal kaedah tradisional

Bercerita pula tentang gaya hidup yang diamalkan sekiranya tolak vaksin, pengarah terbabit memberitahu bahawa keluarganya mengamalkan kaedah tradisional dalam usaha mengekang jangkitan virus maut itu.

"Tiada siapa nak Covid-19, kita ada persediaan sendiri. Kita memilih untuk menggunakan homeopati, habatus sauda dan makanan sunah untuk jaga kesihatan."

-Ellie Suriaty-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen