Pingat emas pernah dirampas, Azizulhasni Awang titip kata semangat buat Ziyad. - "Tahniah & sabar Ziyad."

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam umum tahu bahawa Ziyad Zolkefli telah berjaya memercahkan rekod dunia menerusi acara akhir lontar peluru F20 sekaligus membuatnya berjaya menyambar pingat emas dalam temasya Sukan Paralimpik di Tokyo.

Walau bagaimanpun, kemenangan tersebut diragut apabila terdapat protes daripada pasukan Ukraine hingga membuatkan pingat emas menjadi milik atlet negara itu.

Keputusan tersebut bukan sahaja mengecewakan Ziyad namun turut tidak diterima oleh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong atlet berkenaan.

Dalam pada itu, pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut mentitipkan kata-kata semangat buat Ziyad selain berkongsi pengalaman yang hampir sama di mana pingat emasnya ditarik balik di temasya Sukan Komanwerl New Delhi pada tahun 2010.

“Tentu ianya bukan suatu keputusan yang mudah untuk diterima. Saya benar-benar faham akan perasaan Ziyad...”


Ini realiti dunia sukan.

Pelumba basikal trek negara itu menyatakan bahawa beliau jelas mengetahui akan perasaan kecewa tersebut selain turut berharap agar Ziyad memahami realiti dunia sukan yang sentiasa berlaku diluar kawalan.

“Ini realiti dunia sukan. Pelbagai perkara yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang-kadang ianya adalah kerana kesilapan kita, dan kadang-kadang pula boleh jadi kesilapan dari pihak lawan. Dan jangan terkejut jika pihak pengadilan juga melakukan kesilapan...”

"Memang pahit untuk ditelan..."

Mesra dengan jolokan Pocket Rocketman, Azizul berharap agar Ziyad tidak putus harapan dan terus maju kehadapan walaupun dia turut membantah dengan apa yang berlaku pada ketika ini.

“Nasihat saya sebagai rakan atlet, cuba untuk terima qada’ dan qadar, jangan berputus asa dan ‘keep moving forward’.”

Pastinya insiden ini sangat mengecewakan ramai pihak, semua rakyat Malaysia tetap percaya Ziyad adalah pemegang pingat emas sebenar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen